Ahad, 28 Mac 2010

Minggu 10 (22hb - 26hb March 2010)

MINGGU KESEPULUH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MASALAH
Pada minggu kesepuluh P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah yang sama seperti di minggu yang ketiga dan kelima iaitu masalah penggunaan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kelemahan tertentu. Hal ini menimbulkan masalah untuk mencapai objektif, khususnya objektif perlaksanaan apresiasi di hujung proses penghasilan tugasan.

ANALISIS
Masalah ini timbul dalam langkah penghasilan, iaitu murid telah mengambil masa yang lama untuk menghasilkan tugasan. Hal ini berlaku kerana murid tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedua ada tentang teknik dan aktiviti.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik.

2. Saya akan melihat semula aktiviti yang hendak dirancang perlulah mencukupi masa yang ditentukan, bagi mencapai keseluruhan objektif termasuk sesi apresiasi.

3. Saya juga mungkin akan menggunakan masa (5 minit) yang diperuntukkan untuk membuat set induksi untuk terus memperkenalkan aktiviti (aktiviti-aktiviti tertentu). Tetapi saya perlu menyediakan BBM (contoh karya dari guru) yang menarik sehingga boleh menarik minat murid dan sekaligus mereka tahu apakah aktiviti yang akan dilakukan pada sesi P&P tersebut.

PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.

TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat RPH, saya akan memikirkan tentang kemungkinan perkara yang boleh mengganggu ketetapan masa. Jadi saya perlu lebih prihatin terhadap kemampuan atau tahap penerimaan dan menguasaan murid. Saya juga boleh mengambil langkah menyediakan saiz hasil tugasan pada saiz yang lebih kecil tetapi masih mampu menguji penguasaan murid terhadap teknik yang diajarkan.

AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P dapat dijalankan seperti biasa. Pada hari Khamis, pensyarah pembimbing major pula datang buat kali ketiga untuk menilai tahap pengajaran saya.

Jumaat, 19 Mac 2010

Minggu 9 (15hb - 19hb March 2010)

MINGGU KESEMBILAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu kesembilan, sekolah telah bercuti selama seminggu untuk penggal pertama dan P&P akan dijalankan seperti biasa pada minggu seterusnya.

Sabtu, 13 Mac 2010

Minggu 8 (8hb - 12hb March 2010)

MINGGU KELAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MASALAH
Pada minggu kelapan P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah sama seperti pada minggu keenam iaitu dari sudut disiplin murid iaitu murid bersikap malas.

ANALISIS
Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat kolaj di dalam kelas. Iaitu dengan menggunting kertas yang telah diberikan oleh guru bukan sahaja tidak mengikut teknik dengan betul malah menunjukkan bahawa murid bersikap malas. Ini kerana murid tidak berminat untuk meneroka teknik, kurang yakin dan menganggap proses kerja melecehkan serta merumitkan.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik. Juga menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam menghasilkan karya yang terbaik.

2. Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas. Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik untuk kepuasan diri mereka sendiri dan akan menampalnya di dinding belakang kelas.

3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.

PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.

TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan serta menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang telah diperuntukkan.

AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P dapat dijalankan seperti biasa. Pada hari Rabu, pensyarah pembimbing Bahasa Melayu (minor) iaitu encik Othman Bin Ahmad telah datang untuk menilai tahap pengajaran saya dan tajuk pada hari itu ialah berkenaan dengan pencemaran sungai yang berlangsung di bilik PPSMI kerana di dalam kelas tidak mempunyai LCD Projector. Pihak sekolah ada menyediakan LCD Projector tetapi perlulah terlebih dahulu meminjam dari guru yang dipertanggungjawabkan. Pada hari berikutnya iaitu hari Khamis, pensyarah pembimbing major pula datang buat kali kedua untuk menilai tahap pengajaran saya. P&P pada hari itu juga dijalankan di bilik PPSMI.

Ahad, 7 Mac 2010

Minggu 7 (1hb - 5hb March 2010)

MINGGU KETUJUH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


 
MASALAH
Pada minggu keenam P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut kekurangan pengalaman / pengetahuan sedia ada (tentang teknik).

ANALISIS
Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian teknik yang ada dalam penghasilan karya. Dalam sesi P&P saya, murid baru belajar mengenali dan menerokai teknik. Dalam keadaan ini, murid masih baru dengan teknik yang dipelajari. Jadi semasa proses penghasilan karya didapati murid agak sukar (lambat) menghasilkannya. Guru perlu menunjukkan satu per satu langkah dengan terang dan jelas. Banyak teguran terhadap proses kerja murid dilakukan. Hasilnya juga kurang memuaskan walaupun aktiviti sangat bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk memilih aktiviti yang bersesuaian pada tahap pengalaman dan pengetahuan sedia ada pada murid.

2. Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang pelbagai dalam penghasilan karya. Pada P&P saya nanti, saya akan menerangkan langkah-langkah penghasilan karya bagi satu per satu teknik dengan terang, jelas dan dapat difahami oleh murid. Semasa proses penghasilan karya, saya akan turut memantau bagi membantu murid menghasilkan teknik dengan betul.

3. Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk menjadikan P&P saya lebih menarik untuk memperkenalkan satu-satu aktiviti (teknik) dari rakan guru pelatih.

TEMPOH MASA
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana kekurangan ini akan menjadikan murid ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap pembelajaran murid menjadi rendah sedangkan tahap / pencapaian yang sepatutnya adalah yang lebih baik.

PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.

TINDAKAN SUSULAN
Semasa proses penerangan aktiviti, guru akan memastikan murid memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya. Guru menggalakkan sesi soal jawab bagi membantu kekeliruan yang dihadapi oleh muird. Guru juga bercadang untuk meminta murid mengadakan sebuah buku seni bagi mendokumentasikan segala aktiviti seni yang telah dipelajari (sebagai rujukan di masa hadapan).

AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P berjalan seperti biasa. Guru membuat bidang menggambar dengan teknik gosokan. Pada minggu ini juga guru pembimbing Bahasa Melayu membuat penilaian untuk kali pertama, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing juga telah masuk kelas untuk melihat dan membuat penilaian bagi kelas Pendidikan Seni Visual (PSV).