Ahad, 28 Mac 2010

Minggu 10 (22hb - 26hb March 2010)

MINGGU KESEPULUH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MASALAH
Pada minggu kesepuluh P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah yang sama seperti di minggu yang ketiga dan kelima iaitu masalah penggunaan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kelemahan tertentu. Hal ini menimbulkan masalah untuk mencapai objektif, khususnya objektif perlaksanaan apresiasi di hujung proses penghasilan tugasan.

ANALISIS
Masalah ini timbul dalam langkah penghasilan, iaitu murid telah mengambil masa yang lama untuk menghasilkan tugasan. Hal ini berlaku kerana murid tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedua ada tentang teknik dan aktiviti.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik.

2. Saya akan melihat semula aktiviti yang hendak dirancang perlulah mencukupi masa yang ditentukan, bagi mencapai keseluruhan objektif termasuk sesi apresiasi.

3. Saya juga mungkin akan menggunakan masa (5 minit) yang diperuntukkan untuk membuat set induksi untuk terus memperkenalkan aktiviti (aktiviti-aktiviti tertentu). Tetapi saya perlu menyediakan BBM (contoh karya dari guru) yang menarik sehingga boleh menarik minat murid dan sekaligus mereka tahu apakah aktiviti yang akan dilakukan pada sesi P&P tersebut.

PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.

TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat RPH, saya akan memikirkan tentang kemungkinan perkara yang boleh mengganggu ketetapan masa. Jadi saya perlu lebih prihatin terhadap kemampuan atau tahap penerimaan dan menguasaan murid. Saya juga boleh mengambil langkah menyediakan saiz hasil tugasan pada saiz yang lebih kecil tetapi masih mampu menguji penguasaan murid terhadap teknik yang diajarkan.

AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P dapat dijalankan seperti biasa. Pada hari Khamis, pensyarah pembimbing major pula datang buat kali ketiga untuk menilai tahap pengajaran saya.

Tiada ulasan: