MINGGU KEEMPAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MASALAH
Pada minggu keempat P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut disiplin murid yang banyak bercakap dan bertanyakan soalan yang tidak munasabah.
ANALISIS
Masalah timbul kerana murid sangat teruja untuk berkongsi cerita berkaitan dengan tajuk atau idea tentang aktiviti. Keadaan ini jika tidak dikawal ia akan menyababkan atau menjadikan kelas dalam keadaan bising, tidak terkawal dan kemungkinan besar juga murid akan tersasar daripada kehendak aktiviti kerana tiada tumpuan yang diberi semasa penerangan aktiviti dan arahan daripada guru.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk mengawal murid yang bermasalah yang banyak bercakap sehingga merapu dan jauh tersasar daripada topic P&P serta mendapat perhatian murid semasa proses P&P dijalankan.
2. Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang terbaik dan menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu member perhatian agar mereka dapat melakukan aktiviti atau tugasan yang akan diberikan dan membuatnya dengan langkah-langkah yang betul. Menjanjikan P&P yang lebih baik dan menarik sekiranya mereka tidak melakukan tindakan seperti sikap di atas.
3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.
TEMPOH MASA
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana keadaan kelas yang terkawal akan menlancarkan perjalanan P&P yang sempurna, malah objektif P&P juga akan tercapai. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera sudah tentu P&P berlaku dalam keadaan tidak selesa bagi murid yang hendak belajar dan yang memberikan sepenuh tumpuan semasa P&P dijalankan.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa proses penerangan aktiviti, guru mensyaratkan murid yang hanya akan dibenarkan bertanya selepas guru selesai member penerangan tentang proses-proses aktiviti dan soalan yang hendak ditanya perlulah berkaitan dengan aktiviti yang bakal dijalankan dan hendaklah mengangkat tangan jika hendak bertanyakan soalan pada guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan