Sabtu, 6 Februari 2010

Minggu 3 (1hb - 5hb Feb 2010)

MINGGU KETIGA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MASALAH
Pada minggu ketiga P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut penggunaan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancang dalam RPH. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kelemahan tertentu seperti set induksi dan murid menjalankan aktiviti penghasilan terlalu lama. Hal ini menimbulkan masalahuntuk mencapai objektif, khususnya objektif perlaksanaan apresiasi di hujung proses penghasilan tugasan.

ANALISIS
Masalah timbul kerana pada langkah penerokaan dan langkah penghasilan, murid telah mengambil masa terlalu lama. Pada langkah penerokaan, kadang-kala didapati murid tidak mempunyai pengetahuan sedia ada tentang teknik penghasilan yang betul dan suka berbual sesame mereka. Pada aktiviti tertentu murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan kerana asas melukis yang lemah terutama dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Dalam keadaan ini guru kehilangan masa untuk melaksanakan sesi apresiasi.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan.

2. Saya akan melihat semula aktiviti yang hendak dirancang perlulah mencukupi masa yang ditentukan, bagi mencapai keseluruhan objektif termasuk sesi apresiasi.

3. Saya juga mungkin akan menggunakan masa (5 minit) yang diperuntukkan untuk membuat set induksi untuk terus memperkenalkan aktiviti (aktiviti-aktiviti tertentu). Tetapi saya perlu menyediakan BBM (contoh karya dari guru) yang menarik sehingga boleh menarik minat murid dan sekaligus mereka tahu apakah aktiviti yang akan dilakukan pada sesi P&P tersebut.

TEMPOH MASA
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana faktor masa sangat mempengaruhi dalam pencapaian objektif P&P. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, saya tidak akan dapat mengukur tahap kefahaman murid tentang teori seni yang telah diajar melalui langkah-langkah yang telah dirancang seperti di dalam RPH. Jika ini berterusan, guru tidak dapat membantu / member focus yang terarah untuk membantu dari sudut kelemahan murid (sering berlaku pada murid yang tahu membuat kerja tetapi tidak tahu menggunakan teknik yang betul).

PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dari rakan guru pelatih yang lain.

TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan.

AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini pensyarah pembimbing iaitu Encik Azman Bin Mohd. Hussian telah datang ke sekolah buat pertama kalinya iaitu pada hari Selasa untuk sesi lawatan dan melihat buku rekod rancangan pengajaran harian saya. Secara rumusnya, format RPH saya masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi susun atur, objektif yang dijalankan dan isi-isi yang terdapat di dalam RPH tersebut (sila rujuk pada buku rekod RPH). Pada hari Khamis, guru pembimbing pula iaitu cikgu Salinda (PSV) pula masuk ke kelas untuk melihat cara saya mengajar dan memberi penilaian (observe).

Sesi lawatan pensyarah pembimbing




Tiada ulasan: