Ahad, 28 Februari 2010

Minggu 6 (22hb - 26hb Feb 2010)

MINGGU KEENAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MASALAH
Pada minggu keenam P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut disiplin murid iaitu murid bersikap malas.

ANALISIS
Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat anyaman di dalam kelas. Iaitu dengan menggunting kertas yang telah dilakar bukan sahaja tidak mengikut teknik dengan betul malah menunjukkan bahawa murid bersikap malas. Ini kerana murid tidak berminat untuk meneroka teknik, kurang yakin dan menganggap proses kerja melecehkan serta merumitkan.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik. Juga menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam menghasilkan karya yang terbaik.

2. Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas. Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik untuk kepuasan diri mereka sendiri dan akan menampalnya di dinding belakang kelas.

3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.

PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.

TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan serta menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang telah diperuntukkan.

AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P dapat dijalankan cuma pada hari Isnin sahaja kerana pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, sekolah telah mengadakan ujian penilaian untuk setiap murid.

Tiada ulasan: